Sunday, October 10, 2010

10 Pasukan Bola Sepak Terbaik Dunia Pernah Disaksikan

10. PERANCIS, 1998















Perancis, sebagai tuan rumah menjadi juara dunia untuk pertama kali apabila menumpaskan Brazil pada perlawanan akhir. Zinedine Zidane menjadi inspirasi untuk Les Blues yang juga terdiri daripada pemain hebat seperti Didier Deschamps, Fabien Barthez, Laurent Blanc, Marcel Desailly, Emmanuel Petit dan Youri Djorkaeff.


9. MANCHESTER UNITED, 1999













Alex Ferguson mengemudi Manchester United untuk kejuaraan kedua mereka dalam Piala Eropah dalam aksi dramatik pada minit-minit terakhir perlawanan dengan menumpaskan Bayern Munich dengan dua gol lewat di Stadium Nou Camp. Kejayaan itu, tanpa kelibat Paul Scholes dan ketua pasukan Roy Keane melengkapkan kejuaraan trebel – pertama kali kelab Inggeris meraih tiga kejuaraan sekaligus


8. REAL MADRID, 2002














Apabila Vicente Del Bosque membimbing Real Madrid untuk kejuaraan kali ke sembilan Piala Eropah di Hampden Park, hasil jaringan volley Zinedine Zidane, Real Madrid 2002 tersenarai sebagai antara pasukan terhebat sepanjang zaman. Namun pada musim berikutnya, Del Bosque yang mana kontraknya telah tamat, telah berhijrah bersama ketua pasukan Fernando Hierro. Florentino Perez mengambil alih sebagai presiden Real Madrid dan memulakan projek Galacticos.


7. BOCA JUNIORS, 2002-2003



Antara pasukan terbaik pernah lahir dari liga Argentina, Boca menjuarai Piala Libertadores tiga kali dalam masa empat tahun, menjuarai Liga Apertura Argentina dan Piala Kelab Dunia pada tahun 2000 dan 2003.


6. BRAZIL, 2002



Pasukan yang terdiri daripada Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Luis Felipe Scolari membentuk pasukan ini dengan terancang dengan Gilberto Silva di bahagian tengah, Lucio mengemudi bahagian pertahanan, Cafu dan Roberto Carlos menyerang di bahagian sayap dan memberi “tiga R” banyak ruang untuk mencipta dan menjaringkan gol.


5. GREECE, 2002



Greece mengejutkan dunia bolasepak apabila menjuarai Euro 2004 di Portugal. Pasukan yang lebih mengutamakan work-rate berbanding kemahiran individu dua kali menewaskan pasukan tuan rumah dan juga menyingkirkan juara bertahan Perancis.


4. IRAQ, 2007




Pasukan bukan pilihan, namun layak dimasukkan didalam senarai ini apabila pasukan dari negara bergolak ini mencipta kejutan dengan menjuarai Piala Asia. Empat hari sebelum itu, lebih 50 penyokong Iraq terkorban dalam serangan bom di kawasan Mansour di Baghdad. Pemain Iraq mengharungi detik-detik sukar termasuk serangan bom terhadap kereta physio pasukan, kematian abang ipar penjaga gol Noor Sabri, dan pembunuhan ibu angkat kepada pemain midfield Hawar Mulla Muhammad, dengan menewaskan Arab Saudi 1-0 pada perlawanan akhir.


3. SEPANYOL, 2008-2010



Selepas menjuarai Piala Eropah 2008 di Austria dan Switzerland, Sepanyol menjadi pasukan kedua untuk mengiringi kejayaan Piala Eropah dengan menjuarai Piala Dunia dengan menewaskan pasukan Belanda pada Julai 2010.


2. INTER MILAN, 2010



Dinobatkan selaku juara eropah kali terakhir pada 45 tahun yang lalu, Inter Milan yang dibimbing oleh Jose Maurinho yang mana starting line-up tidak terdiri dari seorang pun pemain Itali – menewaskan Bayern Munich 2-0 pada perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah dan merangkul piala ketiga mereka dalam musim itu.


1. BARCELONA, 2009



Pasukan Barcelona memenangi semua piala yang mereka sertai termasuk Piala Kelab Dunia dan buat pertama kalinya Barcelona berjaya memperoleh kejayaan treble dengan memenangi tiga kejuaraan dalam semusim iaitu Liga Juara Eropah, La Liga dan Piala Sepanyol dibawah kendalian musim pertama pengurus Pep Guardiola. Pasukan yang terdiri daripada pemain hebat seperti Lionel Messi, Xavi, Iniesta dan Samuel Eto’o ini menggerunkan setiap lawan dalam setiap perlawanan. Kemenangan besar 6-2 ke atas Real Madrid di tempat lawan mengesahkan kejayaan treble Barca.



P/s: Pasukan-pasukan ini dipilih berdasarkan apa yang aku sempat tengok je...mungkin ada bagi korang pasukan dahulu kala yang lagi hebat daripada pasukan yang tersenarai di atas...So terpulang pada korang untuk menilai macamana....



5 comments:

  1. patutnya Inter Milan tu no 1 sebab diaorg menyingkirkan juara bertahan yg menang 7 piala...

    ReplyDelete
  2. yes, tu semua pendapat individu masing2...bagi aku barca no 1 sebab menang 7 piala untuk season 2008/2009..

    ReplyDelete
  3. At least you should put a reference link to us as the main source of your post here mate.. That is what we're all called the Blogging Ethics!.. What u think? ;)
    Andimazlan.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...