Saturday, October 16, 2010

Keputusan Suku Akhir Kedua: Kelantan vs Selangor

Kelantan telah memenangi pertemuan suku akhir kedua dengan Juara Liga Super iaitu Selangor dengan kemenangan 3-0 di tempat sendiri. Ternyata stadium kota bharu membawa tuah kepada pasukan Kelantan apabila berjaya menyekat hajat Selangor ke separuh akhir. Kehadiran lebih 30,000 penyokong setia Kelantan ternyata telah menaikkan semangat pemain kelantan untuk bermain dengan baik.

Pertemuan kedua-dua gergasi merah ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak tanahair apatah lagi dengan insiden pergaduhan yang melibatkan penyokong kedua-dua pasukan tersebut.

Pasukan kelantan bermula agak baik dan akhirnya berjaya memperoleh gol pertama hasil daripada tendangan cantik nor farhan mohamed yang gagal ditepis oleh penjaga gol Selangor. Kelantan berjaya menambah gol kedua hasil daripada jaringan akhmal rizal yang menanduk kemas hantaran daripada indra putra mahyudin.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan selangor mengandakan asakan untuk mencari gol dan beberapa percubaan berbahaya Selangor berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan. Percaturan k. devan mengantikan safee sali, safiq rahim dan amri yahya ternyata tidak berhasil dan Kelantan berjaya memperoleh gol ketiga hasil daripada pergerakan menarik Akmal Rizal yang kemudiannya menghantar bola ke arah Badhri Radzi atau Piya yang tidak dikawal untuk menjaringkan gol ketiga Kelantan.

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya layak ke separuh akhir dan akan bertemu samaada Kedah atau Terengganu.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Video pertemuan kelantan vs selangor: gol ketiga kelantan yang dijaringkan oleh piya


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...