Sunday, October 10, 2010

Arsenal dan Manchester United berebut Maarten Stekelenburg




Keeper sedia ada kt kedua-dua kelab ni mungkin da xleh pakai kot...tu yang berebut nk dapatkan keeper belanda ni......van der sar mungkin season ni season last die main dan lepas tu bersara...umur da 39 dah kot...jarang player bleh main kat peringkat tertinggi bagi umur macam ni..almunia lak asyik buat silap je....yang terbaru semas kekalahan 3-2 kat west brom...chelsea relax je kalahkan west brom 6-0...

Kedua-dua pasukan ini dijangka akan bersaing semasa perpindahan Januari ini untuk penjaga gol bernilai £9 juta dari Ajax, Maarten Stekelenburg.

Walaupun harganya tidak murah dengan laporan menyebut ia akan mendatangkan kos lebih dari £9 juta – harga tersebut tidak akan menjadi masalah jika Wenger menyedari masalah posisi penjaga gol the Gunners.

Arsenal telah dikaitkan dengan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer dan Manchester City, Shay Given, masing-masing berusia 37 dan 34 tahun namun mereka bukanlah penyelesaian jangka masa panjang untuk pasukan yang telah mengharungi lima musim tanpa trofi.

United juga menghadapi masalah apabila penjaga gol utama mereka Edwin Van der Sar tidak dapat beraksi dengan penjaga gol gantian Tomasz Kuszczak gagal untuk menyerlah.

Dengan kontrak Van der Sar, 39, akan tamat pada hujung musim ini, pengganti jangka masa panjang telah menjadi antara matlamat utama Sir Alex Ferguson, yang telah menerima cadangan mendapatkan penjaga gol nombor satu Ajax itu oleh bekas pemain antarabangsa Belanda.

Stekelenburg, 28, telah diperhatikan oleh peninjau bakat dari Arsenal dan Man Utd sejak beberapa minggu lepas.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...